Filem komedi romantik terbaru arahan Osman Ali iaitu ’Cun’ semakin mendapat sambutan hebat semenjak ianya ditayangkan bermula 31 Mac 2011 yang lalu. Ternyata kombinasi hero filem Malaya yang etrbaru iaitu Remy Ishak berserta gandingannya yang hebat, Maya Karin berjaya menguatkan lagi jalan cerita di dalam filem ini. Semenjak ianya ditayangkan, filem ini telah berjaya membuat kutipan hampir RM1 juta dan daripada respon ramai peminat yang menggemari filem ini, tidak mustahil ianya akan meningkat dari semasa ke semasa. Meskipun terpaksa bersaing dengan pelbagai filem di pawagam, filem ini masih lagi mendapat tempat di kalangan pencinta filem tanahair.
Jika suatu ketika dahulu, pernah ada gosip yang mengisarkan mengenai keintiman di antara Remy Ishak dan juga Maya Karin, seharusnya anda menonton filem ini kerana gabungan keduanya begitu menjadi di dalam filem ini. Dan seperti biasa, pengarahnya iaitu Osman Ali amat kreatif dalam memilih lokasi. Berlatarkan kehijauan sawah padi dan gunung-ganang serta suasana damai desa, dia berjaya membawa penonton untuk sama-sama menikmati paparan alam depan mata sekali gus ‘hidup’ dalam dunia cereka komersil ketiganya itu. Tidak hairanlah mengapa filem ini terasa dekat dengan jiwa penonton.
Jika suatu ketika dahulu, pernah ada gosip yang mengisarkan mengenai keintiman di antara Remy Ishak dan juga Maya Karin, seharusnya anda menonton filem ini kerana gabungan keduanya begitu menjadi di dalam filem ini. Dan seperti biasa, pengarahnya iaitu Osman Ali amat kreatif dalam memilih lokasi. Berlatarkan kehijauan sawah padi dan gunung-ganang serta suasana damai desa, dia berjaya membawa penonton untuk sama-sama menikmati paparan alam depan mata sekali gus ‘hidup’ dalam dunia cereka komersil ketiganya itu. Tidak hairanlah mengapa filem ini terasa dekat dengan jiwa penonton.
Sedikit sinopsis mengenai filem ’Cun’ ini, ianya mengisarkan mengenai Luna Latisya lakonan maya Karin yang merupakan seorang pengacara terkenal, bercinta dengan Ryan Hidayat, seorang pelakon lakonan jehan Miskin. Program yang diacarakannya berjudul ’Meletops’memerlukan beliau menerjah kehidupan peribadi pelbagai selebriti tanahair. Dan untuk episodnya yang terkini, program ‘Meletops’ perlu ke rumah Ryan Hidayat untuk membuat kejutan sempena hari lahirnya.
Namun lain pula yang terjadi apabila Ryan ditemui bersekedudukan dengan seorang artis baru, Siti Senjakala. Dek kerana berang dengan peristiwa tersebut,Luna terus memandu pergi bersama Tom, pembantu peribadinya. Tom membawa Luna ke kampung halamannya di Utara Semenanjung. Sampai di kawasan kampung, kereta Luna tersekat di kawasan lumpur, memaksa Luna dan Tom bermalam di dalam kereta.Keesokannya, mereka ditemui oleh Atan lakonan Remy Ishak yang merupakan kawan baik Tom di kampung. Mereka dibawa ke rumah Atan. Pada awalnya Luna sukar menyesuaikan diri dengan persekitaran kampung, namun kerana penerimaan orang kampung yang begitu baik dengannya membuatkan Luna berubah hati. Luna yang mula jatuh hati dengan persekitaran dan orang-orang di situ meminta izin untuk tinggal lebih lama.
Luna kini mengenali kehidupan kampung yang selama ini begitu jauh daripada dirinya. Daripada bermain lumpur di sawah, menunggang kerbau, hinggalah memasak di dapur kayu, semua sudah dipelajarinya. Ketika Luna sedang gembira dengan kehidupan barunya, krew penerbitan ‘Meletops’ dapat menjejaki Luna. Dan kebetulan pula, Ryan turut serta datang untuk memujuk Luna kembali kepadanya. Disebabkan tiada pilihan, Luna pulang ke Kuala Lumpur apabila Atan menghalaunya setelah menyangka Luna adalah tunangan Ryan yang selama ini cuba disembunyikan oleh Luna.
Pelbagai konflik berlaku apabila Luna kembali ke kotaraya yang menjadi sebahagian hidupnya. Jangan lupa menyaksikan filem komedi romantik ini kerana garapan ceritanya ternyata lain daripada yang lain dan mampu mengubah persepsi orang ramai yang mengandaikan bahawa filem ini hanya biasa-biasa sahaja. Berikanlah sokongan kepada industri perfileman tanahair kita ya!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan