FrIeNdS fOrEvEr

Memaparkan catatan dengan label muhasabah hati. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label muhasabah hati. Papar semua catatan

Ahad, 29 Mei 2011

:::..Awas!!!! Tetamu Misteri Anda Setiap Hari!!:::..


      BETAPA kerapnya malaikat maut melihat dan merenung wajah seseorang, iaitu dalam masa 24 jam sebanyak 70 kali, andainya manusia sedar hakikat tersebut, nescaya dia tidak akan lalai mengingati mati. Tetapi oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan oleh Malaikat Izrail.

Justeru itu,

tidak hairan jika ramai manusia yang masih mampu bersenang riang dan bergelak ketawa, seolah-olah dia tiada masalah yang perlu difikir dan direnungkan dalam hidupnya. Walaupun dia sebenarnya adalah seorang yang miskin amal kebajikan serta tidak memiliki sebarang bekalan untuk akhiratnya, dan sebaliknya banyak pula melakukan dosa.

 Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh :

Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

"Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari.Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."

Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut.

      Meskipun mata manusia hanya mampu melihat alam benda yang nyata, tidak mungkin dapat melihat kehadiran malaikat maut itu. Namun pandangan mata hati mampu melihat alam ghaib, iaitu memandang dengan keyakinan iman dan ilmu. Sebenarnya manusia itu sedar bahawa setiap makhluk yang hidup pasti akan mati, tetapi manusia menilai kematian dengan berbagai tanggapan. Ada yang menganggap kematian itu adalah suatu tabi'e biasa sebagai pendapat golongan atheis, dan tidak kurang pula orang yang mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebabnya yang zahir sahaja. Dia mengambil logik bahawa banyak kematian disebabkan oleh sesuatu tragedi, seperti diakibatkan oleh peperangan, bencana alam seperti gempa bumi, banjir, kebakaran dan juga kemalangan sama ada di udara, laut dan daratan termasuk kemalangan jalan raya.

Selain itu mereka juga melihat kematian disebabkan oleh serangan penyakit yang merbahaya seperti penyakit barah, sakit jantung, AIDS, demam denggi, ta'un dan sebagainya. Disebabkan manusia melihat kematian hanya dari sudut sebab musabab yang lumrah, maka manusia sering mengaitkan kematian itu dengan kejadian-kejadian yang disebut di atas. Jika berlaku kematian di kalangan mereka, lantas mereka bertanya, "sebab apa si pulan itu mati, sakitkah atau kemalangankah?".

      Tidak ramai manusia yang mengaitkan kematian itu dengan kehadiran malaikat maut yang datang tepat pada saat ajal seseorang sudah sampai, sedangkan malaikat maut sentiasa berligar di sekeliling manusia, mengenal pasti memerhatikan orang-orang yang tempoh hayatnya sudah tamat. Sesungguhnya malaikat maut menjalankan arahan Allah SWT dengan tepat dan sempurna, dia tidak diutus hanya untuk mencabut roh orang sakit sahaja, ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka. Jika Allah SWT menetapkan kematian seseorang ketika berlaku kemalangan, atau ketika diserang sakit tenat, maka Izrail mencabut roh orang itu ketika kejadian tersebut.

        Namun ajal tidak mengenal orang yang sihat, ataupun orang-orang mewah yang sedang hidup rehat dibuai kesenangan. Malaikat maut datang tepat pada waktunya tanpa mengira orang itu sedang ketawa riang, atau mengerang kesakitan. Bila ajal mereka sudah tiba, maka kematiannya tidak tertangguh walau sesaat. Walau bagaimanapun ada ketikanya Allah SWT jadikan berbagai sebab bagi sesuatu kematian, yang demikian itu ada hikmah disebaliknya. Misalnya sakit tenat yang ditanggung berbulan-bulan oleh seseorang, ia akan menjadi rahmat bagi orang beriman dan sabar, kerana Allah Taala memberi peluang dan menyedarkan manusia agar dia mengingat mati, untuk itu dia menggunakan masa atau usia yang ada untuk berbuat sesuatu, membetulkan dan bertaubat dari dosa dan kesilapan serta memperbaiki amalan, serta menambah bekalan untuk akhirat, jangan sampai menjadi seorang yang muflis di akhirat kelak.

       Begitu juga orang yang mati mengejut disebabkan kemalangan, ia akan menjadi pengajaran dan memberi peringatan kepada orang yang masih hidup supaya mereka sentiasa waspada dan tidak lalai dari berusaha memperbaiki diri, menambah amal kebajikan dan meninggalkan segala kejahatan. Kerana sekiranya ajal datang secara tiba-tiba pasti akan membawa sesalan yang tidak berguna. Di kalangan orang solihin menganggap bahawa sakit yang ditimpakan kepada dirinya adalah sebagai tanda bahawa Allah SWT masih menyayanginya. Kerana betapa malangnya bagi pandangan orang-orang soleh itu jika Allah SWT mengambil roh dengan tiba-tiba, tanpa sebarang amaran terlebih dahulu. Seolah-olah Allah SWT sedang murka terhadap dirinya, sebab itulah Allah SWT tidak beri amaran terlebih dahulu kepadanya. Keadaan orang itu ibarat orang yang tidak menyedari adanya bahaya di hadapannya, jika tiada amaran terlebih dahulu nescaya dia akan menjerumus ke lembah bahaya itu.

     Selain itu Allah Taala menjadikan sebab-sebab kematian itu bagi memenuhi janjiNya kepada malaikat maut, sebagaimana diriwayatkan oleh Saidina Abbas r.a dalam sebuah hadis Nabi yang panjang. Antara lain menjelaskan bahawa Izrail merasa kesedihan apabila dibebankan dengan tugas mencabut roh makhluk-makhluk bernyawa kerana di antara makhluk bernyawa itu termasuk manusia yang terdiri dari kekasih-kekasih Allah, iaitu para rasul a.s.w., para nabi-nabi, para wali-wali dan orang-orang solihin. Selain itu malaikat maut mengadu kepada Tuhan betapa dirinya tidak disenangi oleh keturunan Adam, dia mungkin dicemuh kerana dia ditugaskan mencabut roh manusia, yang akan menyebabkan orang akan berdukacita, kerana kehilangan sanak keluarga dan orang-orang yang tersayang di kalangan mereka.

       Diriwayatkan bahawa Allah SWT berjanji akan menjadikan berbagai sebab-sebab kepada kematian yang akan dilalui oleh keturunan Adam. Sehingga keturunan Adam itu akan memikirkan dan mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebab yang dialami oleh mereka. Apabila berlaku kematian, mereka akan berkata bahawa si anu itu mati kerana menghidap sakit, ataupun kerana mendapat kemalangan, mereka akan terlupa mengaitkan malaikat maut dengan kematian yang berlaku itu. Ketika itu Izrail tidak perlu bersedih kerana manusia tidak mengaitkan kematian tersebut dengan kehadiran malaikat maut, yang sememangnya diutus oleh Allah SWT pada saat malapetaka atau sakit tenat seseorang itu bertepatan dengan ajal mereka yang sememangnya telah tiba.

      Namun pada hakikatnya bahawa ajal itu adalah ketetapan Allah, yang telah termaktub sejak azali lagi. Semuanya telah nyata di dalam takdir Allah, bahawa kematian pasti tiba pada saat yang ditetapkan. Izrail hanyalah tentera-tentera Allah yang menjalankan tugas seperti yang telah diamanahkan kepadanya. Walau bagaimanapun adalah menjadi hak Allah Taala untuk menentukan kematian seseorang itu sama ada bersebab atau tidak, sebagaimana yang dinyatakan pada awal tulisan ini, bahawa ada ketikanya malaikat maut datang hendak mencabut roh seseorang, tetapi manusia yang dikunjungi malaikat maut sedang dalam keadaan seronok bergelak ketawa, hingga malaikat maut merasa hairan terhadap manusia itu. Ini membuktikan bahawa kematian itu tidak pernah mengenal, sama ada seseorang yang sedang sakit ataupun ketika sihat dan segar bugar.

Firman Allah Taala: Yang bermaksud:

"Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mencepatkannya."
                                                                                             
 (Surah Al-A'raf: ayat 34)



.::HiDUP dAN mAtIKU hANYaLAH uNtUkMU Ya ALLAH:::.

:::Sebenarnya...Ada Kubur Di Kubah Masjid Nabawi::::


    SUBHANALLAH, ini adalah sebuah keajaiban yang terjadi sekitar 90 tahun yang lalu.
Diriwayatkan oleh Sheikh Al-Zubaidi:

     Ada seseorang mencuba untuk menghancurkan Kubah Nabi Muhammad SAW-- kubah warna hijau di Masjid Al Nabawi (Gumbad-e-Khizra) Madinah, yang juga menjadi tanda tepat di bawahnya terdapat makam Rasulullah SAW--. Namun, ketika dia mencuba memanjat kubah tersebut untuk menghancurkannya, tiba-tiba petir dan kilat datang menghentamnya. Pendaki yang berniat jahat tersebut pun mati serta merta di tempat tersebut. Anehnya tidak ada seorang pun yang mampu mengalihkan tubuhnya dari atas Kubah tersebut!

     Ia juga mengatakan bahwa seorang yang soleh dari Madinah mendengar suara dalam mimpinya, bahwa tidak ada yang dapat mengambil mayat dari atas kubah itu dan bahwa ia harus dikuburkan di sana sebagai peringatan dan pelajaran bagi orang-orang yang mungkin memikirkan berusaha untuk menghancurkan kubah itu di masa depan!

    Akhirnya, mereka memutuskan untuk menguburkan orang itu di sana, di atas kubah dan menutupi tubuhnya dengan kotak hijau sehingga tidak akan terlihat oleh orang.

    "Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan d0amu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan d0amu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan...kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya" Wallahua'lam.

.::HiDUP dAN mAtIKU hANYaLAH uNtUkMU Ya ALLAH:::.

:::Tatacara 'BERTAYAMMUM':::

- Menyapu debu tanah yang suci ke muka dan kedua-dua belah tangan hingga ke siku dengan syarat-syarat yang tertentu disertai dengan niat.

- Tayyammum adalah salah satu daripada rukshah yang Allah kurniakan khas kepada umat Islam yang mempunyai keuzuran seperti sakit dan ketiadaan air.

-Tayyumum adalah penganti kepada wudhuk dan mandi wajib kerana keuzuran yang diharuskan oleh syarak. Jadi, sekiranya kita tidak dapat berwudhuk atau mandi wajib, maka sudah memadai dengan bertayammum sahaja.


HUKUM :

WAJIB bagi orang yang tidak boleh menggunakan air atau ketiadaan air apabila hdk mengerjakan solat, tawaf, meyentuh al-Quran, sujud syukur @ sujud tilawah.

Firman Allah SWT ;


“Dan jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau kembali dari tempat buang air atau menyentuh perempuan, lalu kamu tidak memperoleh air, Maka bertayammumlah dengan tanah yang baik (bersih); sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu. Allah tidak hendak menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, supaya kamu bersyukur"..
Al-Maidah : 6


ANGGOTA TAYAMMUM

1. Muka

2. Kedua belah tangan hingga ke siku


SEBAB-SEBAB TAYAMMUM

1. Ketiadaan air atau air hanya sedikit sahaja utk keperluan makan/minum dan ternakan.

2. Tidak boleh menggunakan air disebabkan sakit atau dikhuatiri lambat sembuh - lihat hadis org luka di atas.

3. Cuaca sangat sejuk atau air sangat sejuk yang boleh memmudharatkan - spt hadis di atas.


SYARAT-SYARAT TAYAMMUM


1. Hendaklah bertayammum dengan debu tanah walau apa bentuknya asalkan masih ada debu. Tidak boleh menggunakan tanah yang telah dibakar di mana debu tanah tersebut telah hilang.

2. Debu tanah suci drp najis

3. Debu tanah tersebut belum digunakan.

4. Debu tanah mestilah kering dan tidak bercampur dengan lumpur atau kapur

5. Menghilangkan segala najis sebelum bertayyammum

6. Hendaklah telah masuk waktu solat.

7. Hendaklah dilakukan dgn maksud tayammum. Jika angin membawa debu ke anggota tayammumnya, lalu disapu-sapu, dan diniatkan, maka tidak sah, kerana dia tidak bertujuan memindahkan debu tanah tersebut, tetapi ia datang sendiri. Walau bagaimanapun, jika ditayammum oleh orang lain dgn izinny, maka sah tayammumnya.


RUKUN TAYAMMUM  


1. Niat – niat berwudhuk ketika menyapu ke muka.


نَوَيْتُ التَّيَمُّـمَ لاِسْتِبَاحَةِ الصَّلاةِ لله تَعَالى

“Sahaja Aku bertayyammum bagi mengharuskan solat kerana Allah Taala”

2. Menyapu debu tanah 1 kali ke muka


3. Menyapu debu tanah 1 kali ke tangan hingga ke siku bagi kedua-dua belah tangan


4. Tertib – melakukan semua rukun wudhuk mengikut susunannya.


PERKARA YANG MEMBATALKAN TAYAMMUM


1. Semua perkara yang membatalkan wudhuk


2. Ada air sebelum solat jika bertayyammum kerana ketiadaan air.


3. Hilang keuzuran yang mengharuskan tayammum. Contohnya spt hilang sakit, hilang sejuk atau ada alat utk mendapatkan air. Jika segala keuzuran tersebut hillang, maka terbatallah tayammum tersebut sebaik sahaja keuzuran itu hilang.


4. Murtad

PERKARA SUNAT KETIKA TAYAMMUM


1. Mulakan dgn membaca Basmalah.

2. Mengadap kiblat.

3. Menipiskan debu tanah sebelum menyapu ke muka / tangan

4. Mendahulukan menyapu tangan kanan daripada kanan kiri

5. Berturut-turut antara menyapu muka dan tangan.

6. Mengosok celah jari tangan dan jari kaki.

7. Merenggangkan jari semasa menekap debu.

CARA-CARA BERTAYAMMUM


1. Bersihkan diri dan anggota badan daripada sebarang najis.

2. Tekapkan kedua-dua tapak tangan ke debu tanah

3. Nipiskan debu tanah dgn cara menepuk kedua belah tangan dengan perlahan

4. Sapukan ke muka dari bahagian atas ke bawah

5. Bersihkan tapak tangan drp debu tanah tersebut.

6. Tekapkan kedua-dua tapak tangan ke debu tanah sekali lagi di tempat yang lain

7. Nipiskan debu tanah dgn cara menepuk kedua belah tangan dengan perlahan

8. Sapu ke kedua-dua tangan dari pergelangan tangan ke siku. Mulakan dgn debu tangan kiri ke atas tangan kanan, bermula dari belakang tapak tangan hingga ke siku. Kemudian, di bahagian atas lengan dari siku hingga kembali ke tapak tangan kanan. Buat perkara yang serupa dgn debu tangan kanan ke atas tangan kiri.

PERKARA YANG BOLEH DILAKUKAN DENGAN SATU TAYAMMUM

Mazhab Hanafi : Boleh melakukan seberapa banyak solat fardhu dan solat sunat selagi tayammum tersebut belum terbatal. Kerana tayammum adalah cara bersuci ketika ketiadaan air, maka ia adalah ganti ketiadaan air, maka dia boleh solat fardhu dan solat sunat sebanyak mana dia suka dgn satu tayammum.



Mazhab Hanbali : Tayammum adalah terikat dgn waktu. Ini bermakna hanya solat fardhu pada waktunya sahaja yang boleh dilakukan, apabila luput waktu solat tersebut, maka terbatallah tayammum itu. Orang yang bertayammum boleh melakukan solat fardhu (solat pada waktu tersebut) dan mengqadha solat fardu yang lain atau menghimpun dua solat fardhu (solat Jamak) serta melakukan seberapa banyak solat sunat.


Mazhab Maliki - Tidak boleh digunakan untuk 2 solat fardhu, tidak boleh menghimpun beberapa solat sunat dan tidak boleh menghimpun solat fardhu dan solat sunat.


Mazhab Syafie - Tidak boleh digunakan untuk 2 solat fardhu, tetapi boleh digunakan untuk 1 solat fardhu dan beberapa solat sunat yang dia kehendaki.                                               

.::HiDUP dAN mAtIKU hANYaLAH uNtUkMU Ya ALLAH:::.

Rabu, 25 Mei 2011

22 Golongan Yang berhak dimasukkan ke dalam Syurga Menurut al-Quran

1.    Orang-orang yang bertaqwa

2.    Orang yang mendermakan hartanya ketika senang dan susah

3.    Orang yang menahan kemarahannya

4.    Orang yang memaafkan kesalahan orang lain

5.    Orang yang apabila melakukan perbuatan keji @ menzalimi diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah dan memohon keampunan kepada Allah.

6.   Orang yang tidak meneruskan perbuatan keji yang telah mereka lakukan sedangkan mereka tahu akibatnya
Gambar kali pertama ku jatuh hati pada lagu kumpulan ni...hehehe..
gambar kenangan ni. saje nk selit kat entry ni ha.
﴿وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ (133) الَّذِينَ يُنْفِقُونَ فِي السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاءِ وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ (134) وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَى مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ (135)﴾ [آل عمران]

-   Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat)keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa. Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik. Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan yang keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengatahui (akan salahnya dan akibatnya).
[ Surah Ali Imran : 133-135 ]

7.      Orang-orang yang beriman

8.      Orang yang khusuk dalam solatnya

9.      Orang yang meninggalkan perkara yang sia-sia

10.    Orang-orang yang mengeluarkan zakat

11.   Orang yang menjaga kemaluannya melainkan kepada isteri-isterinya @ hamba yang dimiliki

12.    Orang yang menjaga amanah dan janjinya

13.    Orang yang sentiasa menjaga solatnya

قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ (1) الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ (2) وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ (3) وَالَّذِينَ هُمْ لِلزَّكَاةِ فَاعِلُونَ (4) وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ (5) إِلَّا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ (6) فَمَنِ ابْتَغَى وَرَاءَ ذَلِكَ فَأُولَئِكَ هُمُ الْعَادُونَ (7) وَالَّذِينَ هُمْ لِأَمَانَاتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَاعُونَ (8) وَالَّذِينَ هُمْ عَلَى صَلَوَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ (9) أُولَئِكَ هُمُ الْوَارِثُونَ (10) الَّذِينَ يَرِثُونَ الْفِرْدَوْسَ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ (11)[الْمُؤْمِنُونَ]


-  Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia. Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu). Dan mereka yang menjaga kehormatannya. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas. Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya. Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya. Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi. Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya. Surah al-Mu'minun : 1 - 11.

14. Orang yang tidak melanggar batas-batas yang telah ditetapkan oleh Allah (larangan Allah).

لَا تَجِدُ قَوْمًا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ يُوَادُّونَ مَنْ حَادَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَوْ كَانُوا آَبَاءَهُمْ أَوْ أَبْنَاءَهُمْ أَوْ إِخْوَانَهُمْ أَوْ عَشِيرَتَهُمْ أُولَئِكَ كَتَبَ فِي قُلُوبِهِمُ الْإِيمَانَ وَأَيَّدَهُمْ بِرُوحٍ مِنْهُ وَيُدْخِلُهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ أُولَئِكَ حِزْبُ اللَّهِ أَلَا إِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْمُفْلِحُونَ (22) ( المجادلة)


-  Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka atau saudara-saudara mereka ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (agama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya.
Surah al-Mujadalah : 22.

15. Orang yang sentiasa taat kepada perintah Allah dan Rasul

لَيْسَ عَلَى الْأَعْمَى حَرَجٌ وَلَا عَلَى الْأَعْرَجِ حَرَجٌ وَلَا عَلَى الْمَرِيضِ حَرَجٌ وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ يُدْخِلْهُ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ وَمَنْ يَتَوَلَّ يُعَذِّبْهُ عَذَابًا أَلِيمًا (17) [الفتح]

-   Tidaklah menjadi salah kepada orang buta dan tidaklah menjadi salah kepada orang tempang dan tidaklah menjadi salah kepada orang sakit (tidak turut berperang, kerana masing-masing ada uzurnya) dan (ingatlah), sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkannya ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai dan sesiapa yang berpaling ingkar, akan diseksanya dengan azab yang tidak terperi sakitnya.
Surah al-Fath : 17.

16. Golongan terdahulu drp kaum Muhajirin dan Ansar (para sahabat)dan orang-orang yang mengikuti jalan mereka (Tabien)
وَالسَّابِقُونَ الْأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالْأَنْصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُمْ بِإِحْسَانٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ (100) [التوبة]

-  Dan orang-orang yang terdahulu yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar" dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Dia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.
Surah al-Taubah : 100.

17. Orang-orang yang berjuang di jalan Allah dengan jiwa dan hartanya
لَكِنِ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آَمَنُوا مَعَهُ جَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ وَأُولَئِكَ لَهُمُ الْخَيْرَاتُ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ (88) أَعَدَّ اللَّهُ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ (89) [التوبة]

-  (Mereka tetap tinggal) tetapi Rasulullah dan orang-orang yang beriman bersamanya, berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat kebaikan dan mereka itulah juga yang berjaya. Allah telah menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; yang demikian itulah kemenangan yang besar.
Surah al-Taubah : 88 -89

18. Orang yang mati syahid


فَإِذَا لَقِيتُمُ الَّذِينَ كَفَرُوا فَضَرْبَ الرِّقَابِ حَتَّى إِذَا أَثْخَنْتُمُوهُمْ فَشُدُّوا الْوَثَاقَ فَإِمَّا مَنًّا بَعْدُ وَإِمَّا فِدَاءً حَتَّى تَضَعَ الْحَرْبُ أَوْزَارَهَا ذَلِكَ وَلَوْ يَشَاءُ اللَّهُ لَانْتَصَرَ مِنْهُمْ وَلَكِنْ لِيَبْلُوَ بَعْضَكُمْ بِبَعْضٍ وَالَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَلَنْ يُضِلَّ أَعْمَالَهُمْ (4) سَيَهْدِيهِمْ وَيُصْلِحُ بَالَهُمْ (5) وَيُدْخِلُهُمُ الْجَنَّةَ عَرَّفَهَا لَهُمْ (6) [محمد]

-  Dengan yang demikian, apabila kamu berjuang menentang orang-orang kafir (dalam peperangan jihad) maka pancunglah lehernya, sehingga apabila kamu dapat membunuh mereka dengan banyaknya (serta mengalahkannya) maka tawanlah (mana-mana yang hidup) dan ikatlah mereka dengan kukuhnya. Setelah selesai pertempuran itu maka (terserahlah kepada kamu) samada hendak memberi kebebasan (kepada orang-orang tawanan itu dengan tiada sebarang penebusnya) atau membebaskan mereka dengan mengambil penebusnya. (Bertindaklah demikian terhadap golongan kafir yang menceroboh) sehinggalah berakhir peperangan jihad itu (dan lenyaplah sebab-sebab yang memimbulkannya). Demikianlah (diperintahkan kamu melakukannya) dan sekiranya Allah menghendaki, tentulah Dia membinasakan mereka (dengan tidak payah kamu memeranginya); tetapi Dia (perintahkan kamu berbuat demikian) kerana hendak menguji kesabaran kamu menentang golongan yang kufur ingkar (yang mencerobohi kamu) dan orang-orang yang telah berjuang serta gugur syahid pada jalan Allah (mempertahankan agamanya), maka Allah tidak sekali kali akan mensia-siakan amal-amal mereka. Allah akan memimpin mereka yang berjuang (ke jalan mendapat sebaik-baik balasan) dan menjadikan keadaan mereka baik dan berguna (di dunia dan di akhirat). Serta memasukkan mereka ke dalam Syurga yang telah dijanjikan dan diterangkan sifat-sifatnya kepada mereka.
Surah Muhammad : 6

19. Orang yang sentiasa berpendirian teguh (istiqamah) pada jalan Allah walau apapun yang terjadi.

إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا فَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ (13) أُولَئِكَ أَصْحَابُ الْجَنَّةِ خَالِدِينَ فِيهَا جَزَاءً بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ (14) [الأحقاف]

 

-   Dan bukan sedikit (penduduk) negeri-negeri yang lebih kuat dari (penduduk) negerimu (wahai Muhammad) yang telah memaksamu keluar (berhijrah) Kami binasakan mereka, maka tiadalah sesiapa pun yang dapat membela mereka. Dengan yang demikian, adakah orang-orang (yang beriman dan taat) yang keadaannya sentiasa berdasarkan bukti yang nyata dari Tuhannya: Sama seperti orang-orang (yang ingkar derhaka) yang telah diperhiaskan kepadanya (oleh Syaitan) akan kejahatan amalnya (sehingga dipandangnya baik) dan yang telah menurut hawa nafsunya? (Sudah tentu tidak sama)!
Surah al-Ahqaf : 13- 14

20. Orang yang beriman dan beramal soleh

وَالَّذِينَ آَمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَا نُكَلِّفُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا أُولَئِكَ أَصْحَابُ الْجَنَّةِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ (42) [الأعراف]

-  Dan orang-orang yang beriman serta beramal salih - (dengan tidak menjadi keberatan kepada mereka, kerana) Kami tidak memberati diri seseorang (dengan kewajipan) melainkan sekadar yang terdaya olehnya, merekalah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya.
Surah al-'Araf : 42

 21. Orang yang sentiasa sabar sama ada dalam keadaan senang dan susah

أَمْ حَسِبْتُمْ أَنْ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُمْ مَثَلُ الَّذِينَ خَلَوْا مِنْ قَبْلِكُمْ مَسَّتْهُمُ الْبَأْسَاءُ وَالضَّرَّاءُ وَزُلْزِلُوا حَتَّى يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آَمَنُوا مَعَهُ مَتَى نَصْرُ اللَّهِ أَلَا إِنَّ نَصْرَ اللَّهِ قَرِيبٌ (214) [البقرة]

-  Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga pada hal kamu belum didatangi ujian seperti yang dialami oleh orang dahulu. Mereka ditimpa kepapaan, penyakit dan ketakutan sehingga berkatalah rasul dan orang yang beriman bersamanya : “Bilakah akan dating pertolongan Allah ?” . Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah sangat dekat.
Surah al-Baqarah : 214

22. Orang yang yakin dengan hari Akhirat dan beramal soleh sebagai persediaan menghadapinya.

فَأَمَّا مَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ بِيَمِينِهِ فَيَقُولُ هَاؤُمُ اقْرَءُوا كِتَابِيَهْ (19) إِنِّي ظَنَنْتُ أَنِّي مُلَاقٍ حِسَابِيَهْ (20) فَهُوَ فِي عِيشَةٍ رَاضِيَةٍ (21) فِي جَنَّةٍ عَالِيَةٍ (22) قُطُوفُهَا دَانِيَةٌ (23) كُلُوا وَاشْرَبُوا هَنِيئًا بِمَا أَسْلَفْتُمْ فِي الْأَيَّامِ الْخَالِيَةِ (24) [الحاقة]

- Maka sesiapa yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kanannya, maka dia akan berkata (dengan sukacitanya kepada sesiapa yang ada di sisinya): Nah! Bacalah kamu Kitab amalku ini! Sesungguhnya aku telah mengetahui dengan yakin, bahawa aku akan menghadapi hitungan amalku (pada hari yang ditentukan)! Maka (dengan itu) tinggallah dia dalam kehidupan yang senang lenang lagi memuaskan. Di dalam Syurga yang tinggi (darjatnya). Buah-buahannya dekat untuk dipetik. (Masing-masing dipersilakan menikmatinya dengan dikatakan): Makan dan minumlah kamu makanan dan minuman sebagai nikmat yang lazat dan baik kesudahannya, dengan sebab (amal-amal soleh) yang telah kamu kerjakan pada masa yang lalu (di dunia)!
Surah al-Haqqah : 19 - 24


.::HiDUP dAN mAtIKU hANYaLAH uNtUkMU Ya ALLAH:::.

:::Abang lihat adik tertimbus:::

Susulan Kejadian Tanah Runtuh Yang Menggemparkan Dunia....

SEPANG 22 Mei – Seorang abang tidak dapat melupakan detik-detik melihat adik bongsu dan rakan-rakannya tertimbus dalam tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-Anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa, Felda Semungkis, Batu 14 di Hulu Langat, petang semalam. Mohd. Awie Abdul Latiff, 12, ketika menceritakan kejadian itu berkata, dia bingkas berlari menyelamatkan diri selepas mendengar jeritan rakan-rakan senior namun adiknya, Allahyarham Mohd. Riezman, 9, tidak berbuat demikian kerana menunggu dua lagi rakannya sebelum mereka terperangkap di bawah runtuhan tanah.

“Saya sempat lari tapi Iman (Mohd. Riezman) tunggu kawan-kawan dia, masa itu seorang abang suruh kami lari,” katanya ketika ditemui di rumah neneknya di Kampung Jenderam Hilir, Dengkil hari ini.Dalam kejadian itu, sepupu Mohd. Awie, Muhammad Kamarul Amizan Johari, 11, atau dikenali sebagai Boboy turut meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.
Menceritakan kejadian sedih itu, Mohd. Awie berkata, dia cuba mengorek tanah untuk mencari adik bongsunya dan Boboy selepas runtuhan itu namun dihalang oleh anggota polis yang mengarahkannya menjauhi tempat kejadian.

“Walaupun tak sempat menyelamatkan Iman, saya bersyukur kerana dapat memenuhi permintaan arwah yang mahukan hadiah jam tangan dan minyak wangi semasa hari lahirnya Januari lalu.
“Saya membelanjakan RM56 untuk membeli jam tangan `Ben 10’ dan minyak wangi yang dibeli melalui seorang rakan senior. Iman sangat gembira dan selalu memakai jam tangan itu,” kata anak kelima daripada enam beradik yang sudah kematian bapa.

Murid tahun enam di Sekolah Kebangsaan Dusun Tua itu memberitahu, ibunya, Intan Anisah Alang, 40, mahu mengeluarkannya dari rumah anak-anak yatim tersebut dan tinggal semula bersama keluarga di Taman Bukit Mewah, Kajang.
Sementara itu, Intan Anisah ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) berkata, arwah anaknya itu sempat menghantar kad sempena Hari Ibu baru-baru ini bertulis `Selamat hari ibu, sayang ibu’.
“Sudah hampir setahun saya tidak bertemu dengannya. Kali terakhir kami berjumpa adalah pada sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun lalu.
“Dalam pertemuan itu, Iman sempat menghadiahkan sehelai tudung kepada saya. Dia juga hadiahkan kad hari ibu yang cukup bermakna buat saya,” katanya yang bersyukur abang Iman terselamat dalam kejadian itu.
Jenazah kedua-dua sepupu itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jenderam Hilir selepas solat Zuhur.

                                           sumber : utusan malaysia
                                                
p/s  :   dah berlaku kejadian mcm ni baru la semue org nk turun padang...baru la tau tanah x elokla, xde sijil la...mcm2.

.::HiDUP dAN mAtIKU hANYaLAH uNtUkMU Ya ALLAH:::.

Isnin, 23 Mei 2011

:::Struktur tanah lemah punca tanah runtuh - JKR:::

Susulan Kejadian Tanah Runtuh Yang Menggemparkan Malaysia....


KUALA LUMPUR 23 Mei - Hujan lebat luar biasa selama tiga hari mengakibatkan stuktur tanah menjadi lemah hingga membawa kepada berlakunya kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat pada Sabtu lepas yang mengorbankan 16 nyawa.
Pengarah Kanan Kejuruteraan Cerun Jabatan Kerja Raya (JKR), Datuk Ir Ashaari Mohamad berkata, berdasarkan data taburan hujan yang diperoleh untuk tiga hari, sejumlah 29 milimeter (mm) hujan turun di kawasan itu pada Khamis, diikuti 41 mm pada hari berikutnya dan meningkat mendadak kepada 80 mm pada hari kejadian.
"Jumlah hujan yang turun pada hari kejadian adalah luar biasa sebab jumlah normal adalah sekitar 20 milimeter. Apabila hujan turun dan meresap ke dalam tanah ia telah menyebabkan struktur tanah menjadi lemah dan boleh runtuh pada bila-bila masa,” katanya ketika menyampaikan taklimat pada majlis penyampaian sumbangan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah kepada mangsa tragedi tanah runtuh itu di Hulu Langat dekat sini hari ini.

 Sumber  :  Akhbar Utusan Malaysia

.::HiDUP dAN mAtIKU hANYaLAH uNtUkMU Ya ALLAH:::.