FrIeNdS fOrEvEr

Memaparkan catatan dengan label Rahsia Allah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rahsia Allah. Papar semua catatan

Ahad, 29 Mei 2011

:::Sebenarnya...Ada Kubur Di Kubah Masjid Nabawi::::


    SUBHANALLAH, ini adalah sebuah keajaiban yang terjadi sekitar 90 tahun yang lalu.
Diriwayatkan oleh Sheikh Al-Zubaidi:

     Ada seseorang mencuba untuk menghancurkan Kubah Nabi Muhammad SAW-- kubah warna hijau di Masjid Al Nabawi (Gumbad-e-Khizra) Madinah, yang juga menjadi tanda tepat di bawahnya terdapat makam Rasulullah SAW--. Namun, ketika dia mencuba memanjat kubah tersebut untuk menghancurkannya, tiba-tiba petir dan kilat datang menghentamnya. Pendaki yang berniat jahat tersebut pun mati serta merta di tempat tersebut. Anehnya tidak ada seorang pun yang mampu mengalihkan tubuhnya dari atas Kubah tersebut!

     Ia juga mengatakan bahwa seorang yang soleh dari Madinah mendengar suara dalam mimpinya, bahwa tidak ada yang dapat mengambil mayat dari atas kubah itu dan bahwa ia harus dikuburkan di sana sebagai peringatan dan pelajaran bagi orang-orang yang mungkin memikirkan berusaha untuk menghancurkan kubah itu di masa depan!

    Akhirnya, mereka memutuskan untuk menguburkan orang itu di sana, di atas kubah dan menutupi tubuhnya dengan kotak hijau sehingga tidak akan terlihat oleh orang.

    "Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan d0amu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan d0amu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan...kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya" Wallahua'lam.

.::HiDUP dAN mAtIKU hANYaLAH uNtUkMU Ya ALLAH:::.

:::Tatacara 'BERTAYAMMUM':::

- Menyapu debu tanah yang suci ke muka dan kedua-dua belah tangan hingga ke siku dengan syarat-syarat yang tertentu disertai dengan niat.

- Tayyammum adalah salah satu daripada rukshah yang Allah kurniakan khas kepada umat Islam yang mempunyai keuzuran seperti sakit dan ketiadaan air.

-Tayyumum adalah penganti kepada wudhuk dan mandi wajib kerana keuzuran yang diharuskan oleh syarak. Jadi, sekiranya kita tidak dapat berwudhuk atau mandi wajib, maka sudah memadai dengan bertayammum sahaja.


HUKUM :

WAJIB bagi orang yang tidak boleh menggunakan air atau ketiadaan air apabila hdk mengerjakan solat, tawaf, meyentuh al-Quran, sujud syukur @ sujud tilawah.

Firman Allah SWT ;


“Dan jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau kembali dari tempat buang air atau menyentuh perempuan, lalu kamu tidak memperoleh air, Maka bertayammumlah dengan tanah yang baik (bersih); sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu. Allah tidak hendak menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, supaya kamu bersyukur"..
Al-Maidah : 6


ANGGOTA TAYAMMUM

1. Muka

2. Kedua belah tangan hingga ke siku


SEBAB-SEBAB TAYAMMUM

1. Ketiadaan air atau air hanya sedikit sahaja utk keperluan makan/minum dan ternakan.

2. Tidak boleh menggunakan air disebabkan sakit atau dikhuatiri lambat sembuh - lihat hadis org luka di atas.

3. Cuaca sangat sejuk atau air sangat sejuk yang boleh memmudharatkan - spt hadis di atas.


SYARAT-SYARAT TAYAMMUM


1. Hendaklah bertayammum dengan debu tanah walau apa bentuknya asalkan masih ada debu. Tidak boleh menggunakan tanah yang telah dibakar di mana debu tanah tersebut telah hilang.

2. Debu tanah suci drp najis

3. Debu tanah tersebut belum digunakan.

4. Debu tanah mestilah kering dan tidak bercampur dengan lumpur atau kapur

5. Menghilangkan segala najis sebelum bertayyammum

6. Hendaklah telah masuk waktu solat.

7. Hendaklah dilakukan dgn maksud tayammum. Jika angin membawa debu ke anggota tayammumnya, lalu disapu-sapu, dan diniatkan, maka tidak sah, kerana dia tidak bertujuan memindahkan debu tanah tersebut, tetapi ia datang sendiri. Walau bagaimanapun, jika ditayammum oleh orang lain dgn izinny, maka sah tayammumnya.


RUKUN TAYAMMUM  


1. Niat – niat berwudhuk ketika menyapu ke muka.


نَوَيْتُ التَّيَمُّـمَ لاِسْتِبَاحَةِ الصَّلاةِ لله تَعَالى

“Sahaja Aku bertayyammum bagi mengharuskan solat kerana Allah Taala”

2. Menyapu debu tanah 1 kali ke muka


3. Menyapu debu tanah 1 kali ke tangan hingga ke siku bagi kedua-dua belah tangan


4. Tertib – melakukan semua rukun wudhuk mengikut susunannya.


PERKARA YANG MEMBATALKAN TAYAMMUM


1. Semua perkara yang membatalkan wudhuk


2. Ada air sebelum solat jika bertayyammum kerana ketiadaan air.


3. Hilang keuzuran yang mengharuskan tayammum. Contohnya spt hilang sakit, hilang sejuk atau ada alat utk mendapatkan air. Jika segala keuzuran tersebut hillang, maka terbatallah tayammum tersebut sebaik sahaja keuzuran itu hilang.


4. Murtad

PERKARA SUNAT KETIKA TAYAMMUM


1. Mulakan dgn membaca Basmalah.

2. Mengadap kiblat.

3. Menipiskan debu tanah sebelum menyapu ke muka / tangan

4. Mendahulukan menyapu tangan kanan daripada kanan kiri

5. Berturut-turut antara menyapu muka dan tangan.

6. Mengosok celah jari tangan dan jari kaki.

7. Merenggangkan jari semasa menekap debu.

CARA-CARA BERTAYAMMUM


1. Bersihkan diri dan anggota badan daripada sebarang najis.

2. Tekapkan kedua-dua tapak tangan ke debu tanah

3. Nipiskan debu tanah dgn cara menepuk kedua belah tangan dengan perlahan

4. Sapukan ke muka dari bahagian atas ke bawah

5. Bersihkan tapak tangan drp debu tanah tersebut.

6. Tekapkan kedua-dua tapak tangan ke debu tanah sekali lagi di tempat yang lain

7. Nipiskan debu tanah dgn cara menepuk kedua belah tangan dengan perlahan

8. Sapu ke kedua-dua tangan dari pergelangan tangan ke siku. Mulakan dgn debu tangan kiri ke atas tangan kanan, bermula dari belakang tapak tangan hingga ke siku. Kemudian, di bahagian atas lengan dari siku hingga kembali ke tapak tangan kanan. Buat perkara yang serupa dgn debu tangan kanan ke atas tangan kiri.

PERKARA YANG BOLEH DILAKUKAN DENGAN SATU TAYAMMUM

Mazhab Hanafi : Boleh melakukan seberapa banyak solat fardhu dan solat sunat selagi tayammum tersebut belum terbatal. Kerana tayammum adalah cara bersuci ketika ketiadaan air, maka ia adalah ganti ketiadaan air, maka dia boleh solat fardhu dan solat sunat sebanyak mana dia suka dgn satu tayammum.



Mazhab Hanbali : Tayammum adalah terikat dgn waktu. Ini bermakna hanya solat fardhu pada waktunya sahaja yang boleh dilakukan, apabila luput waktu solat tersebut, maka terbatallah tayammum itu. Orang yang bertayammum boleh melakukan solat fardhu (solat pada waktu tersebut) dan mengqadha solat fardu yang lain atau menghimpun dua solat fardhu (solat Jamak) serta melakukan seberapa banyak solat sunat.


Mazhab Maliki - Tidak boleh digunakan untuk 2 solat fardhu, tidak boleh menghimpun beberapa solat sunat dan tidak boleh menghimpun solat fardhu dan solat sunat.


Mazhab Syafie - Tidak boleh digunakan untuk 2 solat fardhu, tetapi boleh digunakan untuk 1 solat fardhu dan beberapa solat sunat yang dia kehendaki.                                               

.::HiDUP dAN mAtIKU hANYaLAH uNtUkMU Ya ALLAH:::.