FrIeNdS fOrEvEr

Rabu, 25 Mei 2011

:::Abang lihat adik tertimbus:::

Susulan Kejadian Tanah Runtuh Yang Menggemparkan Dunia....

SEPANG 22 Mei – Seorang abang tidak dapat melupakan detik-detik melihat adik bongsu dan rakan-rakannya tertimbus dalam tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-Anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa, Felda Semungkis, Batu 14 di Hulu Langat, petang semalam. Mohd. Awie Abdul Latiff, 12, ketika menceritakan kejadian itu berkata, dia bingkas berlari menyelamatkan diri selepas mendengar jeritan rakan-rakan senior namun adiknya, Allahyarham Mohd. Riezman, 9, tidak berbuat demikian kerana menunggu dua lagi rakannya sebelum mereka terperangkap di bawah runtuhan tanah.

“Saya sempat lari tapi Iman (Mohd. Riezman) tunggu kawan-kawan dia, masa itu seorang abang suruh kami lari,” katanya ketika ditemui di rumah neneknya di Kampung Jenderam Hilir, Dengkil hari ini.Dalam kejadian itu, sepupu Mohd. Awie, Muhammad Kamarul Amizan Johari, 11, atau dikenali sebagai Boboy turut meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.
Menceritakan kejadian sedih itu, Mohd. Awie berkata, dia cuba mengorek tanah untuk mencari adik bongsunya dan Boboy selepas runtuhan itu namun dihalang oleh anggota polis yang mengarahkannya menjauhi tempat kejadian.

“Walaupun tak sempat menyelamatkan Iman, saya bersyukur kerana dapat memenuhi permintaan arwah yang mahukan hadiah jam tangan dan minyak wangi semasa hari lahirnya Januari lalu.
“Saya membelanjakan RM56 untuk membeli jam tangan `Ben 10’ dan minyak wangi yang dibeli melalui seorang rakan senior. Iman sangat gembira dan selalu memakai jam tangan itu,” kata anak kelima daripada enam beradik yang sudah kematian bapa.

Murid tahun enam di Sekolah Kebangsaan Dusun Tua itu memberitahu, ibunya, Intan Anisah Alang, 40, mahu mengeluarkannya dari rumah anak-anak yatim tersebut dan tinggal semula bersama keluarga di Taman Bukit Mewah, Kajang.
Sementara itu, Intan Anisah ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) berkata, arwah anaknya itu sempat menghantar kad sempena Hari Ibu baru-baru ini bertulis `Selamat hari ibu, sayang ibu’.
“Sudah hampir setahun saya tidak bertemu dengannya. Kali terakhir kami berjumpa adalah pada sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun lalu.
“Dalam pertemuan itu, Iman sempat menghadiahkan sehelai tudung kepada saya. Dia juga hadiahkan kad hari ibu yang cukup bermakna buat saya,” katanya yang bersyukur abang Iman terselamat dalam kejadian itu.
Jenazah kedua-dua sepupu itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jenderam Hilir selepas solat Zuhur.

                                           sumber : utusan malaysia
                                                
p/s  :   dah berlaku kejadian mcm ni baru la semue org nk turun padang...baru la tau tanah x elokla, xde sijil la...mcm2.

.::HiDUP dAN mAtIKU hANYaLAH uNtUkMU Ya ALLAH:::.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan